Wednesday, March 17, 2010

PURDAH ATAU NIQAB

Assalamualaikum. kepada pembaca yang budiman.
Alhamdulillah syukur pada Allah kerana memberi peluang dan kesempatan untuk saya kongsikan suatu cerita.Setelah difikirkan rasanya telah tiba masanya untuk saya kongsikan pengalaman untuk menyampaikan dakwah dan nasihat kepada orang lain sedaya yang mungkin.Seringkali orang menanyakan kepada saya semenjak bila pakai purdah dan kenapa pakai purdah? Di sini saya akan menjawab persoalan yang telah terbuku dihati saya.Saya memakai purdah ini semenjak belajar di Kolej Universiti Islam antarabangsa selangor (KUIS) pada semester 3 lagi. Dari situlah terbuka hati saya untuk memakai purdah.Pada mulanya memang saya tidak pakai purdah...ketika saya dan kawan-kawan ingin keluar berjalan ke masjid India...ada seorang kawan saya itu, telah mengajak saya memakai purdah.. di situlah hati saya terbuka untuk memakai purdah.Setelah saya cuba memakainya, hati saya rasa seronok dan tenang memakainya..dan tidak mahu membukanya kecuali keadaan tertentu sahaja..Sesetengah pendapat mengatakan memakai purdah kerana sangat cantik... tetapi diri saya bukan kerana cantik.. tujuan saya memakai purdah adalah mengikut sunnah rasulullah...menjaga keselamatan supaya tidak diganggu..selain itu juga memakai purdah adalah menutup sebahagian aurat kita..mengikut mazhab terdapat pelbagai pendapat memakai purdah..wahai pembaca budiman..tengoklah zaman sekarang terdapat segolongan masyarakat terutama wanita islam yang memakai pakaian yang menjolok mata...terdedah sana dan sini..adakah kita hendak macam tu? oleh itu,memakai purdah adalah lebih baik memakai pakaian yang menjolok mata...biarlah masyarakat luar mengata dan mengumpat tentang pakaian purdah...,mengapa mereka tidak mengata kepada orang yang memakai pakaian yang menjolok mata itu...apa faedahnya mengata kepada orang memakai pakaian purdah? dapat pahala ke? lebih baik orang itu, menasihati orang yang memakai pakaian yang menjolok mata itu...ada kebaikannya..wahai pembaca budiman..saya memohon maaf sekiranya artikel saya ini mengguris hati pembaca dan segala kekurangan saya mohon maaf.waallahualam.

3 comments:

NURILHAM said...

salam'alaik..
saya setuju ngn akk..
saya tak paham nape org suka mempertikaikan pemakaian purdah sedangkn kat luar sana ramai yg masih tak menutup aurat dan perkara ni la yg patut di concernkan..bagi saya pemakaian purdah lambang kebebasan seorg wanita...dan tak patut dilarang..

unknown said...

ukhti ana pun dalam usaha utk memalai purdah. doakan ana kuat ye

Zaidimustapha said...

Assalamualaikum..
Saya berhasrat utk mengahwini seseorang yg berpurdah. Boleh bg panduan utk saya bertemu dgn muslimah yg macam saya maksudkan?